BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 10, 2009

Sham Kamikaze


Shamril bin Mohd Salleh merupakan salah seorang anggota kumpulan Kamikaze yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Dikenali sebagai Sham Kamikaze, dia kini bertugas sebagai pensyarah muzik di Akademi Seni Kebangsaan.

Sejarah
Mula belajar muzik sejak berusia 5 tahun. Instrument pertama yang dipelajari ialah piano. Kemudian, beliau telah berminat untuk bermain gitar. Bapa beliau ialah orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan erti muzik yang sebenar kepada Sham. Mula mempelajari muzik dengan serius pada usia 15 tahun.Mendapat banyak pendedahan daripada show, ketika itu telah mula "backing artis" setelah mendapat kepercayaan dari bapanya.

Setelah tamat sekolah, Sham telah mengikuti industri muzik tanahair dengan lebih dekat lagi.Beliau telah melibatkan diri dengan bermain di kelab, ketika itu berusia 18 tahun,di seluruh Malaysia. ketika itu, beliau juga telah menjadi tenaga pengajar gitar di Guitar Institute of Malaysia. Setelah itu, beliau telah bermain bersama 'Flying Colours', sebuah kumpulan yang begitu popular di kelab, di KL. Mereka telah mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, Fire Disco, Hip-e Club, Shark dan pelbagai tempat lagi.

Pada ketika itu, Sham telah mula berkenalan rapat dengan Man Kidal, yang selalu datang menyaksikan persembahan 'Flying Colours'. Sham telah berhenti bermain kelab buat sementara waktu untuk mengajar di Roland Music School selama kira-kira 8 bulan.

Dalam pada itu,Man Kidal telah mempelawa Sham untuk bersama dengan Lola dan Eddie dalam Lefthanded 97. Kesempatan ini tidak disia-siakan. Mereka telah membuat persiapan rapi untuk mengadakan persembahan dan juga rakaman album.Namun begitu, Lefthanded 97 tidak keluar dengan sebarang album atas sebab-sebab tertentu. Mereka bertiga menarik diri dari Lefthanded tidak lama kemudian.

Konsert Bersama

Seterusnya, Sham telah bermain kelab semula bersama dengan Freedom.Di samping itu, sham juga membuat session untuk pelbagai artis popular tanahair seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Amy Mastura, Erra Fazira, Moin, termasuk artis luar negara seperti Jackie Cheung (Hong Kong) dan artis-artis Taiwan.

Lain-Lain
Selain itu, Sham juga bermain keyboards, bass dan dram.Beliau telah mencipta lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Kamikaze, termasuklah lagu 'Tawa Dalam Tangisan'.

Peristiwa
Sham akan menyambut hari ulangtahunnya yang ke 24 pada 11 Februari depan. Hadiah yang paling bermakna buat beliau ialah kejayaan album sulung Kamikaze ini.

Cita-Cita
Beliau bercita-cita untuk membeli sebuah jet peribadi untuk memudahkan beliau pergi membuat show di luar negara nanti.Lagipun, menurut beliau, dengan menaiki jet, kita tak perlu membayar tol dan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di KL. Kalau nak balik kampung pun, beberapa minit saja dah sampai. Kalau tak dapat jet, beli jet ski pun dah kira ok.Dapat jugak main-main kat Miami atau Carribean Island. Takpun, kat Kosamui saja. Mari kita mendoakan agar cita-cita beliau tercapai suatu hari nanti.

0 comments: