BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 9, 2009

Izo XPDC




Mohd Zulkifly Nik Hussin
atau lebih dikenali sebagai Izo merupakan pemain gitar utama bagi kumpulan XPDC.

Mohd Zulkifly dilahirkan pada 4 Februari di Kelantan. Tinggal di Taman Kantan Permai, Kajang, Selangor.


Album Bersama XPDC

XPDC (Vokal Mael)

  1. Darjah 1 (1990)
  2. Timurbarat (1992)
  3. Kita Peng-Yu (1994)
  4. Brutal (1997)
  5. Rasopariso (2009)

XPDC (Vokal Ali)

  1. Samurai (1998)
  2. Un'Metal (2000)
  3. V6 (2002)
  4. Un'Metal II (2004)
  5. MdLey Rugged (2006)

Lagu terpilih

  1. "C.I.N.T.A."
  2. "Aku Dan Sesuatu"
  3. "Bukan Milik Aku"
  4. "C.T. Cinta Kenangan Silam"
  5. "Cekal"
  6. "Bahalol"
  7. "Ntahapahapantah"
  8. "Titian Perjalanan"
  9. "Impian Seroja"
  10. "Hijau Bumi Tuhan"
  11. "Nafisa"
  12. "Lagu Dari Aku"
  13. "Hentian Ini"
  14. "Semangat Yang Hilang"
  15. "Tak Nak Jadi Soh Chai"
  16. "Senapang Patah"
  17. "Aku Masih Di Sini"
  18. "Apa Nak Dikata"
  19. "Hidup Bersama"
  20. "Sedekah"
  21. "Langsung Tak Faham"
  22. "Teman"
  23. "Semangat Perjuangan Harmoni"
  24. "Berdesup Cahaya"
  25. "Sakinah"
  26. "Kaca"
  27. "Monggol Dah Pulang"
  28. "Hujan Airmata (Simpati Bumi Palestin)"
  29. "Perangkap Cinta(Asyraf'Whiterose')-Lagu tidak di rakamkan-


Tentang Solo Album

Menyentuh album solonya, ianya telah dirancangkan sejak tahun 1996 lagi. Idea penghasilan album ini tercetus apabila dua buah lagu instrumental sentuhan XPDC yang diselitkan dalam album BRUTAL dan instrumental lagu HIDUP BERSAMA dalam album METAL 60'AN mendapat sambutan. Kedua-dua buah lagu ini sering berkumandang di radio-radio tempatan sebagai lagu selingan dan beberapa d.j terkenal turut menggunakannya sebagai lagu tema pengenalan mereka.

Turutan dari itu IZO sendiri telah merakamkan beberapa buah lagu termasuk lagu-lagu ciptaan terbarunya untuk diselitkan dalam album solo beliau ini. Malangnya rakaman album ini terpaksa ditangguhkan separuh jalan untuk memberi laluan kepada rakaman album terbaru XPDC V.6 dan juga kerana kesibukkan mereka mengadakan pertunjukkan pentas.

Tambahan pula bagi IZO album gitar solonya ini akan dihasilkan dengan sebaik mungkin. Justeru itu kejayaan dan kegagalan album gitar solo artis-artis tempatan dan antarabangsa wajar dijadikan sebagai bahan rujukan. Tambahan pula untuk album ini IZO bukan sekadar menonjolkan skil bermain gitarnya semata-mata tetapi dia juga lebih menitik beratkan kepada mutu rakaman dan melodi lagunya sebagai nilai komersial. Bagi IZO, penghasilan album gitar solonya jika hanya menonjolkan skil bermain gitar sahaja ianya hanya akan sekadar sedap didengar tetapi sukar diikuti oleh bakat-bakat baru.

Idea penghasilan album ini juga kerana permintaan peminatnya dan ianya mungkin kerana peminatnya juga bercita-cita ingin menjadi sepertinya.

0 comments: