BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 10, 2009

Man Kidal

Man Kidal atau nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Mahmood dilahirkan pada 1963 di Johor Darul Takzim. Gelaran "kidal" diperolehinya adalah kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri. Mula begiat aktif dalam bidang muzik ini sejak tahun 1979 lagi ketika itu beliau menganggotai kumpulan "The Lefthanded" dan telah ditukarkan nama kepada Kumpulan Lefthanded.

Sejarah

Man kidal mula bermain gitar sejak usianya 10 tahun lagi. Sejak itu beliau mula bermain gitar bersungguh-sungguh hingga berjaya menubuhkan kumpulan muzik bernama Lefthanded selaku pemain gitar utama di dalam kumpulan ini. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1980 bersama Nurlaila Yusof, dan mempunyai tiga orang anak - Mohd. Shefflee, Farah dan Norshahera serta mempunyai 3 orang cucu iaitu Mohd. Danial Aiman, Siti Nur Elysha dan Danish Haikal.

Album


Pemuzik Undangan

Filem
  • Kembara Seniman Jalanan - Pemuzik undangan (1986)
  • Rozana Cinta '87 -Pemuzik undangan (1987)
  • Rock - Pelakon undangan (Juri Awam) (2005)

Konsert
  • Festival RentakAsia, Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (2000)
  • Konsert Live Istana Budaya Ramli Sarip
  • Konsert Tanpa Nash - April 24th, 2009
  • Konsert Tanpa Vokalis - April 21st, 2009
  • Konsert Jamal, Saleem Tiada Tandingan - April 23rd, 2008
  • Konsert Amal Kasih Cetuskan Pelbagai Perasaan - April 14th, 2008
  • Lefthanded Di Hard Rock - March 22nd, 2008
  • Koncert PWTC - August 21st, 2007

Lagu Ciptaan

Man kidal juga berbakat di dalam mencipta lagu tetapi banyak disumbangkan kepada kumpulannya sendiri iaitu Lefthanded. Di antara lagu ciptaan Man kidal ialah :

  • Lanun- Lefthanded (Man kidal & Lefthanded / Jabar Isnin
  • Debunga wangi- Lefthanded (Man kidal & Lefthanded /Jabar Isnin
  • Kenangan bersamamu- Lefthanded (Man kidal & Lefthanded / Yan

0 comments: