BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 10, 2009

Hillary Ang


Hillary Ang merupakan seorang pemain gitar bukan Melayu yang begitu popular di Malaysia ini. Boleh dikatakan beliau merupakan idola kepada semua peminat muzik rock khususnya kepada pemain-pemain gitar baru di Malaysia.


Sejarah
Beliau telah dilahirkan pada 12 Mei 1962 dan berasal dari Johor Bharu, Johor Darul Takzim. Beliau merupakan seorang pemain gitar berbangsa Cina yang cukup popular di Malaysia ini. Beliau adalah pemain gitar asal Kumpulan Search yang ditubuhkan pada tahun 1981.

Kerjaya

Hillarry Ang merupakan seorang pemuzik profesional sepenuh masa serta merupakan seorang pemuzik undangan. Beliau juga pernah membuat 2 buah album solo pada tahun 1990 dan tahun 1994.

Album
* Kumpulan Search

1. Langit Dan Bumi (1986)
2. Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
3. Di Pintu Sepi (1988)
4. Berpaling (1988)
5. Gothik Malam Edan (2006)
6. Live at Planet Hollywood (2007)

* Kumpulan Cromok

1. Mean, Meaner, Meanest (1999)
2. Image Of Purity - digitally remastered (2000)
3. What's Left (2000)
4. Deafening Silence (2002)
5. Untitled (2004)

* Hattan - Biso Bonar (1999)
* Taugeh - Bersama Selamanya The Album (2000)
* Mael - Lain Hidup (2006)
* Ella - Rama-Rama (2007)
* Mentera Metal - Pelbagai Artis (1998)
* Whole Lotta Zep - Pelbagai Artis (1996)
* Album Solo Hillary

1. Rock Dalam Dilema (1990)
2. ZZ (1994)

Pemuzik Undangan
* Kul It! (1986 / Sudirman)
* Hairan Bin Ajaib, versi unplugged (1995 / XPDC - Unplugged & Acoustic Guitar)
* Kini Hanya Sepi (1996 / Slam - Kembali Merindu)
* Judas (2000 / Awie - Rentap)
* Kau Orang Punya Suka (2000 / Awie - Rentap)
* Kau Yang Mula Dulu (2000 / Awie - Rentap)
* Jauh Di Mata (2001 / Ella - Ilham Bicara)
* Naga Sakti (2002 / Metalasia - Silantra... Bermulanya Sebuah Epik)

Filem
Mat Som (1990 / muzik latar)

0 comments: